Showing posts with label selawat. Show all posts
Showing posts with label selawat. Show all posts

August 27, 2010

~17 RAMADHAB 1431H~[Nuzul al-Quran]



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan. 
    
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). 

 Artikel panjang klik sini.
Tarikh :   03 October 2006
[Zakaria Bin Othman] 
Editor : PRO JAKIM []Hits :  37813

p/s: Seronoknya kalau boleh faham pe yang di baca dalam Al-Quran tuh..Mesti sepanjang masa je baca..=(



November 28, 2009

~TAKBIR!!~

 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر

Allahu Akbar, Allahu Akbar 

Allah is Great, Allah is Great 




اللّهُ أكبر 

Allahu Akbar 

Allah is Great 




لا إلَهَ الا اللّه 

La illaha il Allah 

there is no God, but Allah 




اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر 

Allahu Akbar, Allahu Akbar 

Allah is Great, Allah is Great 




و لِلّه الحمدَ 

walilahil Hamd 

to Him belongs all Praise 




اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا 

Allahu Akbaru Kabeera 

Allah is the Greatest 




وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا 

wal-Hamdulilahi katheera 

And all Praise is due to Him 




وَ سُبحَان اللّهِ 

wa Subhan allahi 

And Glory to Allah 




بُكرَةً وَأصْيِلا 

bukratan wa aseila 

eventide and in the morning 




لا إلَهَ الا اللّه 

La illaha il Allah 

there is no God, but Allah the Unique 




صَدَقَ وَعدَه 

sadaqa wa'dah 

He has fulfilled His Promise 




وَنَصَرَ عبده 

wa nasara abda 

and made Victorious His servant 




وأعزَ جُنَده 

wa a'azza jundahu 

and made Mighty His soldiers 




وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه 

wa hazamal-ahzaaba wahdah 

and defeated the confederates 




لا إلَهَ الا اللّه 

La illaha il Allah 

there is no God, But Allah 




وَلا نَعبُد الا أياه 

wa laa na'budu illa iyyah 

He alone we worship 




مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ 

mukhlessena lahud-deena 

with sincere and exclusive devotion 




وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن 

walaw karehal-Kafeeroon 

even though the idolaters hate it 




اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد 

Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 

O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad 




وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد 

wa ala aalie sayyedna Muhammad 

and on the family of our Prophet Muhammad 




وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد 

wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 

and on the companions of our Prophet Muhammad 




وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد 

wa ala ansari sayyedna Muhammad 

and on the helpers of our Prophet Muhammad 




وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد 

wa ala azwajie sayyedna Muhammad 

and on the wives of our Prophet Muhammad 




وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد 

wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad 

and on the progeny of our Prophet Muhammad 




وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا 

wa sallim tasleeman katheera 

and Bestow upon them much peace.




Sekiranya takbir ini benar2 dihayati, air mata boleh menitis tanpa disedari..Begitu sayu hati tatkala mengalunkannya..Terasa diri penuh dengan dosa.Terasa diri ini selalu alpa dan leka.Dengan godaan syaitan dan nafsu.Terasa betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan kebesaranNya.betapa Allah Itu Maha Besar..Memuji2-NYA adalah sunat dilakukan di hari2 kebesaran Islam ini..Berbanyaklah berselawat dan memuji2-NYA di hari raya ini..Moga kita sentiasa ingat kepada-NYA.




p/s : Salam aidiladha kalian..maap zahir dan batin..sesuatu kejayaan perlukan pengorbanan.Same gak r ngan lembu kerbau yg dikorban.si lembu kerbau 2 perlu korban nyawa yer untuk dapat masuk syurga..pergorbanan gak pe..hehe..(mend la aku merepek ni)




November 9, 2009

~KATA-KATA PUJANGGA~



TO NURUL FATIEHAH ADNAN :-




GIANNE AGNELLI – King of Italian Industry
‘Avoid the phrase, “I don’t have time”. It will soon help you to realize that you do have the time needed for just about anything you choose to accomplish in life’


Henri Nestle
‘Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cannot be two people. Instead, you have to inspire the next guy down the line and get him to inspire his people’


John D Rockefeller – History’s first billionaire
‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’


Mary Kay Ash – CEO Mary Kay Cosmetic
‘When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’


Michael Dell – CEO Dell Computer
‘Fall seven times, stand up eight. The bamboo that bends is stronger than the oak that resists’


Richard M Schulze – CEO Best Buy
‘He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’


Roy Allen – A&W
‘Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’


Soichiro Honda – CEO Honda
‘Learn to value anything and everything that come across because the least expected thing could be your future maker’


Wiiliam Wrigley Jr – Wrigley Chewing Gum
‘Albert Einstein once said that the secret to creativity is knowing how to hide your sources. Talking of creativity, the problem is never how to get new, innovative thoughts into your mind, but how to get old ones out. Every mind is a building filled with archaic furniture. Clean out a corner of your mind and creativity will instantly fill it’





p/s :- Wat leklok exam yer fujita..jangan main2..tak payah fight pointer yer..org confirm kalah punya..huhu..jangan dok maen game jer..study..study n trus study..biar betul2 kuar katak..haha..luv ya..:-*




Source :- Kata-kata motivasi


November 2, 2009

~DIALOG IMAN N DIRI~


Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..


Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir


Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.


Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami


Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?


Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku .




Sourses :- Aibob Uniten KSHAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...