Showing posts with label luahan hati n perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan hati n perasaan. Show all posts

December 28, 2012

New Chapter of Life

Last update November 4, 2011!
Wallaweh! Tinggal muzium sudeh blog ini. Kuikuikui~
Tetiba pulop rasa nak post something kat blog ini.. Sudah setahun lebih tak menjenguk. Ish3x~

Lantak yaah!

Hidup sebagai gadis bekerjaya banyak cabarannya. Sangat-sangat berbeza dengan kehidupan student dulu. Masalah datang dan pergi. Kadang-kadang diri sendiri yang datang dan pergi. 
Maknanya, tak mampu nak tangani masalah itu sehingga melarikan diri sendiri.

High pressure lead to low motivation. Dalam nak tak nak, dalam nak resign atas mulut jer cakap, dah nak dekat setahun bekerja di company yang sama. Nak kata setia tak jugak sebab hati tak mahu namun dipaksa-paksa. Yang penting mentality. Mental strong can make tough body.

Tempuh jua segala halangan dengan hati yang sabar dan tawakal. Niat kerja kena betul, hanya niat pada yang SATU. Masalah jangan dipendam, luahkan dan kongsi dengan manusia yang boleh dipercayai. Pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mematangkan diri dalam membuat setiap  keputusan.

Namun kadang-kadang tu pengalamn juga yang menjatuhkan kita sebab terlalu high confident. Bahaya, pengalaman berpuluh-puluh tahun tapi tak belajar dari sekeliling pasti akan menyebabkan orang surrounding tak suka dengan cara kerja kita.

Cabaran yang paling tinggi adalah bekerja dengan orang-orang baru yang bertatih A B C, 1 2 3 dalam masa yang sama perlu perform dalam tiap kerja yang dilakukan. Sangat mencabar. Dan sangat stress. Ubatnya tak lain dan tak bukan adalah SABAR dan SABAR. Kalau tak sabar itu menunjukkan kita ini tak hebat, tak tahan dengan cabaran. Nak pastikan semuanya well organize n 100% perfect memang mustahil but we need to keep trying to perform well in everything we do.

Apa perasaan hanya kita seorang senior sahaja di department itu? And everything are come from us and only us know exactly what to do and how to make it? Tertekan kan.. But I think there is more than that, elsewhere other people face the more complicated problem, right?

Buat kerja kerana ALLAH pasti menyenangkan hati sendiri dan juga orang lain.Rezeki terletak di tangan NYA. Andai itu rezeki kita, pasti akan dapat seperti yang diingini. Jika tidak, berair mata darah sekali pun pasti tidak akan dapat. Buat kerja lebih even buat kerja bos sekali pun tapi tak dapat gaji macam bos pun tak apa (betul ke tak pe?erm..........)

ALLAH merencana yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa DIA walau sesaat.
Nescaya kejayaan dalam gengaman.
Hidup adalah perjalanan yang penuh dugaan.
Andai diri tidak kuat,
Maka terpesong la dari landasan DIA~

Akhirul kalam, selami hati cari cahaya yang menyinar bak sinar sang suria.~




October 28, 2011

~Dilema vs Delima~

Assalamualaikum wtb....!


Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada blogger2 semua. Terima kasih banyak lah sebab rajin menjenguk kat blog ni even boring tahap gaban kan..Tak boring?Alah, tak payah la tipu..Tak payah segan-segan nak ngaku..Hehe~~


Kebelakangan ini, aku kerap berfikir dan bermonolong sendirian memikirkan arah tuju selepas ini. Sudah pasti aku hendak bekerja dan menjadi wanita bekerjaya dan merancang strategi masa depan aku. Dalam masa yang sama akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Master dan insyaAllah PHD.


Dua tiga interview dah pergi dan kedua-dua syarikat itu hendak menerima kau bekerja di tempat mereka. Yang pertama terpaksa ditolak sebab telah melancong jauh dari bidang aku. Yang ke-2 memang bertepatan dengan bidang aku dan terpaksa ditolak kerana tidak berkenan dengan citarasa mak dan ayah aku.


Sejak itu perspektif dan pemikiran mak dan abah sudah tidak selari dengan kehendak dan keinginan aku. Dan telah menyebabkan aku dah tidak bermotivasi mencari kerja lagi. "Baik duduk rumah jer pastu mengemukkan badan.." Sampai ketahap tu aku berfikir.. 


Sekarang aku ada 2 invitation interview dan tak bersemangat langsung nak pergi sebab takut perkara yang sama berulang lagi dan menyebabkan aku frust menonggeng tergolek-golek.. 


En. Google Image bagi gambar yang menarik la untuk describe apa aku lakukan sekarang ini ---->












Comel kan? Hahah![Ting tong kepala otak]

October 17, 2011

~Coretan Convocation~

Yes! It me on the screen! Hehe~

Assalamualaikum wtb....


[Ada ORANG TU mengomel yang blog ini dah bersawang. Mana tah dia nampak sawang.. Tak pernah tercipta pun sawang, habuk, daun kering dan yang spesis dengannya kat blog nie. =P]


Kembali ke tajuk utama,


Alhamdulillah syukur nikmat dipanjatkan ke hadrat ILLAHI dengan limpah kurnia kasih sayang dan nikmat NYA telah mengizinkan aku berhidup dengan gelaran seorang GRADUAN UNITEN. TAHNIAH dan SYABAS aku tujukan kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama diraikan di MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL pada 15 dan 16 Oktober yang lalu.


3 tahun sudah berlalu...


Muadzam Shah, Pahang menjadi saksi dan bukti segala penat jerih selama aku bergelar seorang PELAJAR. Halangan, cabaran, dugaan dan segala bagai 'an an' ditempuh. Aku akui aku tidak sesiapa tanpa sokongan IBUBAPA dan ADIK-BERADIK tercinta, SAHABAT HANDAI, kawan-kawan dan lecturers. 


Special credit to :-
Abah, 
Mak, 
Kakak, 
Kak Lun, 
Abang, 
Anis, 
Saudara-mara, 
Nurul Fatiehah Adnan,
Siti Norsabikah, 
Family PPI,  
Norana, 
Balkis Kunhi, 
Marianun Ansani, 
Lestari Masiran, 
Nik Arina Zawani
Geng2 HR, 
lecturer2 dan lain-lain.

Kalian semua yang mewarnai kehidupan aku di UNITEN KSHAH dan aku sangat menghargai setiap sesuatu yang kalian telah lakukan terhadap diri ini. 


Menyingkap memori, betapa sukar untuk menerima kenyataan bahawa aku ditakdirkan untuk bertukar aliran daripada pelajar SAINS TULEN ke aliran SAINS SOSIAL. Daripada mempelajari BIOLOGI, KIMIA, FIZIK ke ACCOUNTING, MANAGEMENT, BUSINESS. Semester pertama dilalui dengan tangisan airmata setiap waktu untuk menerima hakikat aku perlu lupakan segala macam berkaitan SAINS yang sangat aku minati semenjak kecil.


[ALLAH swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA]


Di sinilah aku berdiri meneruskan segala perancangan ALLAH swt pada diri ini. Moga DIA terus mengurniakan taufiq, hidayah dan kasih sayang NYA kepada diri ini, keluarga ini, sahabat-sahabat ini dengan selalu bersyukur dan beribadah mengingati segala ini hanyalah pinjaman daripada DIA yang Maha Kuasa. 


TERIMA KASIH!!!










September 5, 2011

~Bersawang~

Assalamualaikum wtb n Selamat Hari Raya Aidilfitri....


Terima kasih tidak terhingga kepada sesape yang rajin menyinggah kat blog yang dah bersawang nie..Sudah ditinggal berkurun lamanya aku rasa.Last hupdate pun aku tak hinggat bila tah!!Ada blog macam tak ada blog..Apa daa~


Disebabkan dah bersawang berjuntai2 sampai ke lantai la tetiba merasa nak mencuci mengemas balik..Benda yang lama kalu tak dijaga, alamatnya reput begitu jela dimakan anai-anai. Anai-anai pun dah beranak pinak dari moyang ke monyet dari cicit ke piut dan sehingga tak ada gelaran ler..


I'm wonder...Ada ke sesape nak tawu pe status aku sekarang?Study ke keje?Single ke double?Sihat ke sakit?


Tak ada kot kan..Aku sedar sendiri ler.Tak payah nak mention...Mana ada nak minat nak dengar cite pasal aku.Sape la aku kan..(Emo tak pasal2..Hahah)


Okey la setakat nie dulu...


Akhirul kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI daripada  saya NADIATUL HAIFA JAMAL sekeluarga...Have a bless SYAWAL!!!







May 12, 2011

myMetro | ‘Suka hidung abang Salih’

Hebat beno rasanya bila tengok lelaki kawen banyak nie (tak lebih dari 4 ler)..Kalu kahwin 2 pon kite dah rasa cayalahh!..Apatah lagi bila kawen 4, kan?Memang Allah dah ciptakan kaum lelaki untuk berkasih sayang dengan 4 orang isteri.Dan memang lumrah fitrah seorang perempuan untuk setia pada yang satu (suami)..Dan beruntunglah wanita2 yang sanggup bermadu ni.Payung emas menanti di akhirat sana.


TAPI...Memang banyak 'tapi' bila nak bincangkan hal nie.Hubungan suami isteri ini sangatlah rumit bila nak diperkatakan..Masalah cerai-berai, masalah suami ada perempuan lain, masalah isteri yang menggatai dengan teruna..Macam2 lah.Belum lagi masalah yang guna bomoh2 lagi.Yang tu lagi dahsyat citer yer..


Manusia tetap manusia..Tidak ada yang sempurna melainkan DIA..Hidup berpoligami.Tanya pada diri lah wahai lelaki2 disana.."Mampu ke nak berlaku adil?"Kalau mampu ALHAMDULILLAH..Kalau tak NAUZUBILLAH..Janganlah nak naya perempuan..


Dulu aku ada terbaca artikel pasal hidup berpoligami ni..Sunnah hidup berpoligami Nabi MUHAMMAD SAW..Baginda hanya berpoligami apabila Saidatina Siti Khadijah meninggal dunia..Maknanya disini, kalau betul2 nak ikut sunnah, isteri pertama dah meninggal baru la boleh berpoligami..Sekadar pandangan untuk dikongsi bersama.


Panjang lebar pulak aku bercolateh kali ni..Haha~Just nak say a huge CONGRATULATION to Salleh Yaakob..Sebabnya terbaca Metro hari ini yang cakap dia bakal kahwin lagi..Isteri yang ke-4!!!!Hahah~!

Sini haa baca : myMetro | ‘Suka hidung abang Salih’

March 25, 2011

~Hari Bersejarah~

MINYAKKKK HABISSSSS!!!!

OH TIDAKKKK!!!!



Bukan nak cite pasal minyak masak kat kedai habis. Tak leh masak. Crisis minyak2 sedunia ker. Pasal tangki minyak meletup ke.. Bukan~ Tapi nak cite pasal minyak motor aku yang habis di tengah2 jalan. Kat Hollywood Muadzam Shah neyh.. Tak penah2 dibuat minyak boleh plak habis hari ini.Walaupun salah aku, still aku nak salahkan motor tu jugak.. Tak kira dier jugak yang salah.. ACONG! Pamping 100x! Sape suh minyak habis time aku tengah desperate macam tu.. Kalu nak habis pon bior ler kat depan station minyak. Bunkan yer kat tengah hollywood orang lalu-lang pon tengok pelik. Wat malu aku jela ko ni ACONG.. Huish!!~

Tak nak rapat plak gambar ni..heh~
Ni la Muadzam Shah Hollywood yang aku duk cakap tu.

p/s: Lain kali kawan2, sebuzy macam mana pon pastikan minyak kenderaan anda ada yer.Kalu tak jadi ler macam i ni..Sob3x~

March 16, 2011

~Pabila Masa Itu Tiba~

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

Hari ini, telah perginya seorang sahabat yang sama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam di bumi UNITEN KSHAS ini.Sangat terkejut dengan berita yang di sampai pada pagi tadi..Accident dalam perjalanan ke Segamat.Tidak sangka di hujung waktu aku menetap di UNITEN ni.Tidak lansung terlintas di fikiran akan kehilangan seorang sahabat yang disayangi dan dihormati di kala saat ini.

Ajal maut semua di tangan Allah.Bila-bila masa saat dan ketika tiada apa dapat menghalang pabila masa itu tiba..Sangat terkilan tidak dapat bersama menziarah jenazah bersama saf-saf kepimpinan PPI yang lain.Ada hikmah disebalik apa yang terjadi..ALLAH itu Maha Mengetahui.

Semoga roh Kak Miza atau Khairan Sharmiza sentiasa dicucuri rahmat dari NYA dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman..Aminn~

~AL-FATIHAH~

(November 16, 1988- March 16, 2011)

February 15, 2011

~Ridan Hill 2nd Challenge: Back To Nature~

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ


Enjoy pictures dulu....wink*



































 ....الحمد لله 

Pada 11-12 Februari 2011 satu program berlabel "RIDAN HILL 2ND CHALLENGE 2011:BACK TO NATURE" under Persatuan Pengajian Islam UNITEN KSHAS joint venture between Lajnah Sukan & Rekreasi dan Lajnah Ekonomi, telah selamat di langsungkan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk mengiratkan silaturrahim di kalangan peserta disamping mempelajari cara-cara berwuduk dan solat di dalam hutan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus hingga selemus beberapa bulan kebelakangan ini. Tanpa hangpa jangan haraplah semuanya berjalan lancar seperti ini..Syukran ila antunna semua!!!

AHLI JAWATANKUASA

Pengarah program                        
Mohamad Syazelin b. Mustapha

Setiausaha                                       
Siti Aishah binti Ismail

Bendahari                                         
Muhammad ‘Arief Hafizie bin Tajul ‘Azmi
                                                                                                                                 
Biro Program                                   
Ilham Hafifi b. Ishammudin
Muhamad Fadzil bin Masri 
Mohamad Hasbullah bin Hamid
Nur Ahmad Khalid
Santer Nurfarahinas bt Mazlan  

Biro Teknikal dan Logistik                         
Azrul Rahman bin Fazul Rahman
Khairan Sharmiza binti Zakaria
Mohd Firdaus Al-Bakri bin Romli  
                                                                
Biro Kebajikan dan  Keselamatan
Muhamad Nor Farhan bin Jamaluddin 
Norlela bt Mohd Ali                                    
Mazliani bt  Mansor
Rasyidah bt Hussin                                                                          

Biro Penerbitan dan Publisiti   
Balqis Athirah bt Badiuzaman                   
Siti Fatimah bt Rosli                                      
Ros Amar Fitri bin Roslan
Nahzatul Shira bt Mohd Radzi

Biro Makanan                                 
Adib Fadzli bin Ahmad  Fauzi
Nor Hazleen bt Jamil
Nur Izzah bt Fakharuldin                                                                               

Biro Tugas- tugas Khas                
Abdul Muizz b Abd. Ghani
Mariatul Syuhada bt Zakaria

Biro Pendaftaran           
Wan Ahmad Farouq b Wan Asri              
Fadzilah Faqih bt Mohd Fadzil
Nadiah Rus Liyana bt Rusli


p/s: I LOVE YOU PPI...Kenangku dalam doa kalian semua..Sob3x~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...