Showing posts with label diary of my life. Show all posts
Showing posts with label diary of my life. Show all posts

December 28, 2012

New Chapter of Life

Last update November 4, 2011!
Wallaweh! Tinggal muzium sudeh blog ini. Kuikuikui~
Tetiba pulop rasa nak post something kat blog ini.. Sudah setahun lebih tak menjenguk. Ish3x~

Lantak yaah!

Hidup sebagai gadis bekerjaya banyak cabarannya. Sangat-sangat berbeza dengan kehidupan student dulu. Masalah datang dan pergi. Kadang-kadang diri sendiri yang datang dan pergi. 
Maknanya, tak mampu nak tangani masalah itu sehingga melarikan diri sendiri.

High pressure lead to low motivation. Dalam nak tak nak, dalam nak resign atas mulut jer cakap, dah nak dekat setahun bekerja di company yang sama. Nak kata setia tak jugak sebab hati tak mahu namun dipaksa-paksa. Yang penting mentality. Mental strong can make tough body.

Tempuh jua segala halangan dengan hati yang sabar dan tawakal. Niat kerja kena betul, hanya niat pada yang SATU. Masalah jangan dipendam, luahkan dan kongsi dengan manusia yang boleh dipercayai. Pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mematangkan diri dalam membuat setiap  keputusan.

Namun kadang-kadang tu pengalamn juga yang menjatuhkan kita sebab terlalu high confident. Bahaya, pengalaman berpuluh-puluh tahun tapi tak belajar dari sekeliling pasti akan menyebabkan orang surrounding tak suka dengan cara kerja kita.

Cabaran yang paling tinggi adalah bekerja dengan orang-orang baru yang bertatih A B C, 1 2 3 dalam masa yang sama perlu perform dalam tiap kerja yang dilakukan. Sangat mencabar. Dan sangat stress. Ubatnya tak lain dan tak bukan adalah SABAR dan SABAR. Kalau tak sabar itu menunjukkan kita ini tak hebat, tak tahan dengan cabaran. Nak pastikan semuanya well organize n 100% perfect memang mustahil but we need to keep trying to perform well in everything we do.

Apa perasaan hanya kita seorang senior sahaja di department itu? And everything are come from us and only us know exactly what to do and how to make it? Tertekan kan.. But I think there is more than that, elsewhere other people face the more complicated problem, right?

Buat kerja kerana ALLAH pasti menyenangkan hati sendiri dan juga orang lain.Rezeki terletak di tangan NYA. Andai itu rezeki kita, pasti akan dapat seperti yang diingini. Jika tidak, berair mata darah sekali pun pasti tidak akan dapat. Buat kerja lebih even buat kerja bos sekali pun tapi tak dapat gaji macam bos pun tak apa (betul ke tak pe?erm..........)

ALLAH merencana yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa DIA walau sesaat.
Nescaya kejayaan dalam gengaman.
Hidup adalah perjalanan yang penuh dugaan.
Andai diri tidak kuat,
Maka terpesong la dari landasan DIA~

Akhirul kalam, selami hati cari cahaya yang menyinar bak sinar sang suria.~




October 28, 2011

~Dilema vs Delima~

Assalamualaikum wtb....!


Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada blogger2 semua. Terima kasih banyak lah sebab rajin menjenguk kat blog ni even boring tahap gaban kan..Tak boring?Alah, tak payah la tipu..Tak payah segan-segan nak ngaku..Hehe~~


Kebelakangan ini, aku kerap berfikir dan bermonolong sendirian memikirkan arah tuju selepas ini. Sudah pasti aku hendak bekerja dan menjadi wanita bekerjaya dan merancang strategi masa depan aku. Dalam masa yang sama akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Master dan insyaAllah PHD.


Dua tiga interview dah pergi dan kedua-dua syarikat itu hendak menerima kau bekerja di tempat mereka. Yang pertama terpaksa ditolak sebab telah melancong jauh dari bidang aku. Yang ke-2 memang bertepatan dengan bidang aku dan terpaksa ditolak kerana tidak berkenan dengan citarasa mak dan ayah aku.


Sejak itu perspektif dan pemikiran mak dan abah sudah tidak selari dengan kehendak dan keinginan aku. Dan telah menyebabkan aku dah tidak bermotivasi mencari kerja lagi. "Baik duduk rumah jer pastu mengemukkan badan.." Sampai ketahap tu aku berfikir.. 


Sekarang aku ada 2 invitation interview dan tak bersemangat langsung nak pergi sebab takut perkara yang sama berulang lagi dan menyebabkan aku frust menonggeng tergolek-golek.. 


En. Google Image bagi gambar yang menarik la untuk describe apa aku lakukan sekarang ini ---->












Comel kan? Hahah![Ting tong kepala otak]

May 19, 2011

kalau lelaki handsome....

kalau lelaki handsome.... 



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?




Kadang-kadang lelaki kureng hamsem ni diperlakukan tidak adil oleh kaum
wanita. minta maaflah kaum wanita semua kalo anda terasa aku akui gak sbb
benda ini terjadi gak pd kaum wanita yg kureng cantik... cuba fikirkan lah
sejenak kaum lelaki dan kaum wanita semua.



p/s: Dapat email nie dari staff TLP..Kelakar giler bile baca.Tapi maybe nie juga hakikat kot..Ish3x.Jangan pandang dari luaran yer kawan2..Hehe~

February 15, 2011

~Ridan Hill 2nd Challenge: Back To Nature~

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Enjoy pictures dulu....wink*



































 ....الحمد لله 

Pada 11-12 Februari 2011 satu program berlabel "RIDAN HILL 2ND CHALLENGE 2011:BACK TO NATURE" under Persatuan Pengajian Islam UNITEN KSHAS joint venture between Lajnah Sukan & Rekreasi dan Lajnah Ekonomi, telah selamat di langsungkan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk mengiratkan silaturrahim di kalangan peserta disamping mempelajari cara-cara berwuduk dan solat di dalam hutan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus hingga selemus beberapa bulan kebelakangan ini. Tanpa hangpa jangan haraplah semuanya berjalan lancar seperti ini..Syukran ila antunna semua!!!

AHLI JAWATANKUASA

Pengarah program                        
Mohamad Syazelin b. Mustapha

Setiausaha                                       
Siti Aishah binti Ismail

Bendahari                                         
Muhammad ‘Arief Hafizie bin Tajul ‘Azmi
                                                                                                                                 
Biro Program                                   
Ilham Hafifi b. Ishammudin
Muhamad Fadzil bin Masri 
Mohamad Hasbullah bin Hamid
Nur Ahmad Khalid
Santer Nurfarahinas bt Mazlan  

Biro Teknikal dan Logistik                         
Azrul Rahman bin Fazul Rahman
Khairan Sharmiza binti Zakaria
Mohd Firdaus Al-Bakri bin Romli  
                                                                
Biro Kebajikan dan  Keselamatan
Muhamad Nor Farhan bin Jamaluddin 
Norlela bt Mohd Ali                                    
Mazliani bt  Mansor
Rasyidah bt Hussin                                                                          

Biro Penerbitan dan Publisiti   
Balqis Athirah bt Badiuzaman                   
Siti Fatimah bt Rosli                                      
Ros Amar Fitri bin Roslan
Nahzatul Shira bt Mohd Radzi

Biro Makanan                                 
Adib Fadzli bin Ahmad  Fauzi
Nor Hazleen bt Jamil
Nur Izzah bt Fakharuldin                                                                               

Biro Tugas- tugas Khas                
Abdul Muizz b Abd. Ghani
Mariatul Syuhada bt Zakaria

Biro Pendaftaran           
Wan Ahmad Farouq b Wan Asri              
Fadzilah Faqih bt Mohd Fadzil
Nadiah Rus Liyana bt Rusli


p/s: I LOVE YOU PPI...Kenangku dalam doa kalian semua..Sob3x~

December 25, 2010

~21 Tahun [Terima Kasih]~


Apa special yer dengan entri 21 tahun ni?
Apa Si Cendawan ni membebel pulop kali ni ek?
Kalau banyak sangat persoalan yer..
Ayuh terjah ke blog cEndaWan'S teRriTorY!!!!

Seperti sedia maklum di title entry kali ni.."21 TAHUN"
23 Disember 2010 yang lalu, genap um0 aku 21 tahun..
Yeayyy!!!

Tak ada pe pon nak dihebohkan..
Just create entri ini untuk kenangan aku pada masa2 akan datang..
Kalau berminat nak baca. baca la..
Kalau tak berminat pon, baca jugak..
Yang gatai terjah blog aku watpe..
Hohoho~

Kalau dekat western country 21st birthday ni disambut bersungguh2..
Aku tak pasti la kenapa..
Tanya la dyorang..Aku anak jati warga timur yer..

Umur makin meningkat..
Tanggungjawab makin bertambah..
Amanah makin menimbun..
Kubur kata mari2 dekat aku..
Dunia plak kata syuhhh pergi2..
Gerun!!!

Dikenang-kenang kembali..
Dah 21 tahun aku hidup atas dunia ni..
Macam2 dah lalui..
Bahagia
Sedih
Kecewa
Putus asa
Seronok
Macam2 lagi lah..

TERIMA KASIH
Puan Hajah Aishah [mak]..
Tuan Haji Jamal [abah]..
Yang selama ini bersusah payah 
Mendidik membela..
Melarang membenarkan..
Mengingat melupa..
Memberi menerima..
Dan macam me men lagi lah..
Nobody in this world can repay..
What both of you had done to me..
Hanya ALLAH swt saje yang boleh membalas..
Hanya DIA..

TERIMA KASIH
adik-beradik aku..
Hajar[kakak]
Nurul Husna [kak lon]
Mohd Zulhilmi [abang]
Anis Hafinas [anis peanut]
Even tak ada bagi hadiah bufday pown..
Tapi tak pe ler (siap r epa tuntut nati..)
Sebab korang selalu ada kat sisi..
Buat mende2 tak patut dan juga patut..

TERIMA KASIH
Nurul Fatiehah Adnan
Sahabat yang every sec sentiasa ada..
Pantang sekali kalau tak ada..(haha!)
Kilometer telah menjarakkan kita..
Tapi teknologi telah mendekatkan kita kembali..
Cooooool!!!
Sayang kamooo~

Shuhada Amira Mohd Ridzuan
Yang hanya wish birthday kat facebook je..(grrrr~)
Syamimi Abu Hassan
Yang bagi hadiah bufday awal giler tuh..
Ezzah Noor n Nazirah
Yang selalu ronggeng sama2..
Siti Sabikah Hatmin
Yang bagi hadiah bufday tak reti nak wish tu..(nak kek boleh?)

Anum, Kak Arie, Balkis, Ilya, Ana, Iza, Kak Jaa, Maria, Diba, Sol, Kak cha
Geng PPI..
Classmate, Dormmate, Housemate segala macam mate2 lagi la..
Tak mampu plak nak list nama sume orang..hehe~

TERIMA KASIH!!!!

Dua patah perkataan yang tiada tolok banding yer.



p/s: Nak hadiah n kek..Bagi la hadiah n kek..Nak jugak2..huhu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...