December 28, 2012

New Chapter of Life

Last update November 4, 2011!
Wallaweh! Tinggal muzium sudeh blog ini. Kuikuikui~
Tetiba pulop rasa nak post something kat blog ini.. Sudah setahun lebih tak menjenguk. Ish3x~

Lantak yaah!

Hidup sebagai gadis bekerjaya banyak cabarannya. Sangat-sangat berbeza dengan kehidupan student dulu. Masalah datang dan pergi. Kadang-kadang diri sendiri yang datang dan pergi. 
Maknanya, tak mampu nak tangani masalah itu sehingga melarikan diri sendiri.

High pressure lead to low motivation. Dalam nak tak nak, dalam nak resign atas mulut jer cakap, dah nak dekat setahun bekerja di company yang sama. Nak kata setia tak jugak sebab hati tak mahu namun dipaksa-paksa. Yang penting mentality. Mental strong can make tough body.

Tempuh jua segala halangan dengan hati yang sabar dan tawakal. Niat kerja kena betul, hanya niat pada yang SATU. Masalah jangan dipendam, luahkan dan kongsi dengan manusia yang boleh dipercayai. Pengalaman mengajar erti hidup. Pengalaman mematangkan diri dalam membuat setiap  keputusan.

Namun kadang-kadang tu pengalamn juga yang menjatuhkan kita sebab terlalu high confident. Bahaya, pengalaman berpuluh-puluh tahun tapi tak belajar dari sekeliling pasti akan menyebabkan orang surrounding tak suka dengan cara kerja kita.

Cabaran yang paling tinggi adalah bekerja dengan orang-orang baru yang bertatih A B C, 1 2 3 dalam masa yang sama perlu perform dalam tiap kerja yang dilakukan. Sangat mencabar. Dan sangat stress. Ubatnya tak lain dan tak bukan adalah SABAR dan SABAR. Kalau tak sabar itu menunjukkan kita ini tak hebat, tak tahan dengan cabaran. Nak pastikan semuanya well organize n 100% perfect memang mustahil but we need to keep trying to perform well in everything we do.

Apa perasaan hanya kita seorang senior sahaja di department itu? And everything are come from us and only us know exactly what to do and how to make it? Tertekan kan.. But I think there is more than that, elsewhere other people face the more complicated problem, right?

Buat kerja kerana ALLAH pasti menyenangkan hati sendiri dan juga orang lain.Rezeki terletak di tangan NYA. Andai itu rezeki kita, pasti akan dapat seperti yang diingini. Jika tidak, berair mata darah sekali pun pasti tidak akan dapat. Buat kerja lebih even buat kerja bos sekali pun tapi tak dapat gaji macam bos pun tak apa (betul ke tak pe?erm..........)

ALLAH merencana yang terbaik untuk kita.
Jangan lupa DIA walau sesaat.
Nescaya kejayaan dalam gengaman.
Hidup adalah perjalanan yang penuh dugaan.
Andai diri tidak kuat,
Maka terpesong la dari landasan DIA~

Akhirul kalam, selami hati cari cahaya yang menyinar bak sinar sang suria.~




November 2, 2011

~Pokok~



Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain/ Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



p/s: Tanya sama pokok~

October 30, 2011

~New Header~


Dapat header baru.. 
YEAYY!!!
Ada orang bermurah hati buatkan..
Tak mintak pun..
Tapi pemurah sungguh hati dia buat tuk ku..
Cuba teka sapa dia..
Dapat teka aku bagi hadiah..
Hahaa!

Aku...
Bukannnya kisah pun ngan benda2 alah nie..
Almaklum la..
Bukan blogger tegar macam korang sumer..
Edit nun, edit nin..
Malas ah!

Pape pun..
Terima kasih tidak terhingga..
Kepada pemberi header ini..
Blog buruk kan..
Dia pun sakit mata tengok CENDAWAN'S TERRITORY..
Yang tak bape nak territory langsung..
Macam semak belakang umah ada ler
Huhuu!


p/s: Shiput shudut, tolong edit lagi leh x?Hehe~

October 28, 2011

~Dilema vs Delima~

Assalamualaikum wtb....!


Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada blogger2 semua. Terima kasih banyak lah sebab rajin menjenguk kat blog ni even boring tahap gaban kan..Tak boring?Alah, tak payah la tipu..Tak payah segan-segan nak ngaku..Hehe~~


Kebelakangan ini, aku kerap berfikir dan bermonolong sendirian memikirkan arah tuju selepas ini. Sudah pasti aku hendak bekerja dan menjadi wanita bekerjaya dan merancang strategi masa depan aku. Dalam masa yang sama akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Master dan insyaAllah PHD.


Dua tiga interview dah pergi dan kedua-dua syarikat itu hendak menerima kau bekerja di tempat mereka. Yang pertama terpaksa ditolak sebab telah melancong jauh dari bidang aku. Yang ke-2 memang bertepatan dengan bidang aku dan terpaksa ditolak kerana tidak berkenan dengan citarasa mak dan ayah aku.


Sejak itu perspektif dan pemikiran mak dan abah sudah tidak selari dengan kehendak dan keinginan aku. Dan telah menyebabkan aku dah tidak bermotivasi mencari kerja lagi. "Baik duduk rumah jer pastu mengemukkan badan.." Sampai ketahap tu aku berfikir.. 


Sekarang aku ada 2 invitation interview dan tak bersemangat langsung nak pergi sebab takut perkara yang sama berulang lagi dan menyebabkan aku frust menonggeng tergolek-golek.. 


En. Google Image bagi gambar yang menarik la untuk describe apa aku lakukan sekarang ini ---->












Comel kan? Hahah![Ting tong kepala otak]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...