February 26, 2010

~RASULULLAH TELADAN TERBAIK~





Kenapa kita perlu sambut Maulidur rasul? Maulidur rasul itu apa dier?Rasul itu apa dia?
Mungkin terlontak di benak pemikiran sesetengah umat Islam yang sememangnya jahil tentang agama..Lihat betapa kurangnya didikan agama yang diberikan kepada generasi muda sekanrang ini..Sekadar belajar di sekolah dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan harian..Sekadar menghafal untuk lulus peperiksaan..Sekadar asas dan bukan pedoman..

Dan ada juga sesetengah pihak yang menganggap sambutan Maulidur rasul itu sebagai bidaah..Tanda memahami apa sebenar itu bidaah itu sendiri terus melontakkan spikulasi-spikulasi yang akhirnya termakan diri sendiri..Maulidur rasul itu merupakan suatu bidaan hasanah..Suatu perkara yang tidak dipraktikkan pada zaman Rasulullah tapi dilakukan pada masa kini..Dan bidaah ini dapat memberi kebaikan kepada kita dengan secara langsung atau tidak langsung..


Apa yang ingin disampaikan di sini ialah bagaimana cara penghayatan kita terhadap hari kelahiran manusia teragung di atas muka bumi ini..Setiap orang ada cara tersendiri samaada dengan menyertai pearakan yang kebanyakan tempat anjurkan atau samada dengan berselawat dengan penuh rasa ketaatan ataupun dengan cara-cara yang lain..


Sambutan Maulidur rasul adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengingati hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w..Dan perlu diingatkan di sini jangan hanya pada 12 Rabiulawal setiap tahun sahaja baru nak berselawat ke atas Baginda..Setiap hari dan setiap saat kita perlu berselawat ke atas Baginda..Kita merupakan umat manusia yang paling bertuah kerana dilahirkan ke atas muka bumi ini sebagai umat Baginda..Menyingkap kembali peristiwa sewaktu hayat Baginda sudah dipengakhiran..Apa yang ada di fikiran Baginda adalah hanyalah ummatnya..Betapa kasihnya Baginda kepada umat-umatnya..Dan tepuklah dada kita sendiri..Bertanyalah pada hati, adakah aku menyayangi Baginda sebagaimana Baginda menyayangi kita..






"Sesungguhnya telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (al-ahzab: 21)




Hayatilah pengorbanan Baginda dan amalkan sunnah-sunnahnya...
Aku merindui mu, YA RASULULLAH...




p/s: Jom selawat banyak2...(^_^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...