August 19, 2009

~LALAI N LEKA...HANYUT~

Hari ini dah 27 Syaaban...
tinggal 3 hari je lagi untuk sampai ke bulan yang mulia itu..
BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..

begitu cepat masa berlalu..
tidak aku sedari masa betul-betul meninggalkan aku..
bak kata nenek moyang aku...
MASA ITU EMAS..
emas intan permata..
jika kita tidak menghargainya...
kita tergolong orang-orang yang rugi..

REJAB dan SYAABAN.....
aku biarkan sahaja kedua-dua bulan mulia ni pergi...
meninggalkan aku...
orang lain berkejar-kejar mencari pahala...

aku....
alpa dan leka dengan hasutan duniawi...
menjarakkan diri dengan Penciptaku..
menjadikan aku hilang arah tujuan..
dengan mendengar bisikan syaitan...

pergi la kamu syaitan!!!!
aku benci kamu!!!
berhentilah menghasut aku!!!
aku ingin menjadi hamba yang taat dan patuh..

ampuni la dosaku ya Allah...
aku telah melupakan-Mu...

adakah kerana persekitaran sekeliling...
menyebabkan aku jadi begini...
mungkinkah??

aku rindu sekolahku SMKA Kerian...
aku rindu Kolej Mara Kulim...
aku rindu persekitaran islamik yang terbentuk di sana..
tidak lekang dengan mengingati MU...

kini, aku perlu berdikari untuk mendapat semua itu..
kuliah agama, kelas bacaan al-Quran, usrah...
sudah lama aku tidak menghadiri semua itu...
dimana aku nak mencari...

pulangkan la semua itu pada aku...
aku sudah semakin hanyut......




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...