October 28, 2011

~Dilema vs Delima~

Assalamualaikum wtb....!


Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada blogger2 semua. Terima kasih banyak lah sebab rajin menjenguk kat blog ni even boring tahap gaban kan..Tak boring?Alah, tak payah la tipu..Tak payah segan-segan nak ngaku..Hehe~~


Kebelakangan ini, aku kerap berfikir dan bermonolong sendirian memikirkan arah tuju selepas ini. Sudah pasti aku hendak bekerja dan menjadi wanita bekerjaya dan merancang strategi masa depan aku. Dalam masa yang sama akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Master dan insyaAllah PHD.


Dua tiga interview dah pergi dan kedua-dua syarikat itu hendak menerima kau bekerja di tempat mereka. Yang pertama terpaksa ditolak sebab telah melancong jauh dari bidang aku. Yang ke-2 memang bertepatan dengan bidang aku dan terpaksa ditolak kerana tidak berkenan dengan citarasa mak dan ayah aku.


Sejak itu perspektif dan pemikiran mak dan abah sudah tidak selari dengan kehendak dan keinginan aku. Dan telah menyebabkan aku dah tidak bermotivasi mencari kerja lagi. "Baik duduk rumah jer pastu mengemukkan badan.." Sampai ketahap tu aku berfikir.. 


Sekarang aku ada 2 invitation interview dan tak bersemangat langsung nak pergi sebab takut perkara yang sama berulang lagi dan menyebabkan aku frust menonggeng tergolek-golek.. 


En. Google Image bagi gambar yang menarik la untuk describe apa aku lakukan sekarang ini ---->












Comel kan? Hahah![Ting tong kepala otak]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...