September 6, 2010

~27 Ramadhan 1431H~ [Sepohon Kayu]

Salam 27 Ramadhan 1431H kalian..

Debaran hari raya semakin dapat kita rasakan..Pasti semua dah mula kalut membuat persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang 3 hari je lagi.Tak lama dah tu...Mengemas rumah, men"shopping"kan diri, membuat kuih raya popia siput, masukkan duit dalam ampau (seronok3x) dan pelbagai lagi la kerja yang kadang2 tu hanya dilakukan apabila nak hadapi raya saja.Aku juga tidak terkecuali..Walaupun dalam keadaan yang malas  namun ku gagahi kerna tidak mampu mendengar Cikgu Aishah kesayanganku tu berleter.


Nada murni - Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Download lagu : Petik sini.


Sudah pasti sesiapa yang baca entri ini pelik."Pehal pulak la si cendawan ni tiba2 post lirik lagu ni.."Kan?Memang tak ada kaitan pon lirik ni dengan pe aku membebel kat atas nun.Tak payah la korang beria2 beno nak pikir nape.Just sebagai peringatan pada diri sendiri dan juga kepada sahabat2 tersayang pada 27 Ramadhan ni.Lirik lagu ni memang sangat2 mendalam maknanya.Dulu zaman kecik2 selalu je nyanyi lagu ni tanpa memahami apa yang tersirat dalam lagu ini.So, sekarang hayati la lirik lagu ini sungguh2 semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang suka tinggal solat dengan sengaja.Astagfirullah...Kuatkan la iman kami Ya Allah.



p/s : Aku dah GEMOX..sob3x~~~ =(


3 comments:

Anonymous said...

thumbs up ur entry..and gemox ke??

Haifa said...

gemox2..mcm awk..hehe.
sday r.
pasti sy nk diet la..huhu.

Anonymous said...

diet? hahaha..saya xgemok pon..
awak je kot yang gemok..duduk rumah asyik makan je kuih raya tu kan..hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...