April 30, 2010

~Mencari penderma buah pinggang~

Seorang pelajar tahun dua Universiti Tenaga Nasional (Uniten) merayu ihsan orang ramai untuk membantu meringankan beban ditanggungnya ekoran kegagalan kedua-dua buah pinggangnya berfungsi. 

Nor Hazlin Hassan, 20, pelajar jurusan Pemasaran, Uniten kampus Muadzam Shah, Pahang berkata, dia tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan ada pihak sudi menderma sekurang-kurangnya satu organ berkenaan kepadanya.

Nor Hazlin yang kini terpaksa menerima rawatan intensif di sebuah hospital di sini sejak disahkan mengalami kerosakan teruk pada kedua-dua organ terbabit pada 23 Mac lalu, terpaksa 'melupakan' hasrat menghadapi peperiksaan semester akhir pengajian baru-baru ini.

Bantu lah rakan baik kami, Hazlin Hasan untuk menamatkan pengajian beliau dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami sebagai rakan paling rapat dgn Hazlin merayu kepada anda yang sgt prihatin.

Sila hubungi ahli keluarga Hazlin Hasan iaitu: 019-5700898


Atau hubungi kami, rakan rakan terdekat Hazlin Hasan melalui facebook iaitu:
Klik sini

Nurul Amalina Zainan, Nadia Nordin, Syafiqah Mujaini, Charfeenie Redzuan, Hanis Umairah, Irma Rosli, Shera Salleh, Ryn Kasim, Ashila Wan Ibrahim, Yana Smart, Nabila Affendy dan Farah Faudzi.

Terima Kasih.






p/s: Semoga lynn dpt mencari penderma yg sudi memberinya harapan tuk meneruskan kehidupannya seperti biasa..InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...