August 1, 2009

~ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF?~

Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda
perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan
berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah
stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang
dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk
berjaya. Saya teringat satu cerita...

Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah
padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh.
Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil
baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut
tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang
dan sebagainya. Bayangkan... anda berada dalam bas tersebut dan
anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda
sedang membaca surat khabar... anak-anak kecil ini datang dan tarik
surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya
senyum dan buat tak tahu.

Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil
tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda
mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik
di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah
kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan
soalan kepada pak cik tersebut. "Kenapa tak melarang anak-anak kamu
yang sedang membuat kacau dalam bas ni?" tanya mak cik tu kepada
ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab "Biarlah... biarlah
mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih
tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami
ni naik bas untuk ke sana" jawab pak cik tersebut tunduk.

Kini, jika anda berada dalam bas tersebut... saya yakin anda tidak
akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika
sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut,
kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak
kecil tersebut mati... tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika
anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat
diselesaikan dengan cara yang terbaik.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...